Ahad, 30 Oktober 2011

hujan dan tidur...

          Menjenguk di luar jendela,hujan mencurah-curah sejak kebelakangan ini,
mungkin sudah petanda bahawa negeri pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan sudah mengalami musim tengkujuh..Terengganu negeri tercinta sudah kerap kali dilanda banjir yang besar seperti pada tahun 1926 yang digelar "bah besar" mengikut daripada sejarah yg saya baca..Dalam Surah Ar-Ruum{24} "dan Dia menurunkan hujan dari langit ,lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu".
   Namun di dalam keadaan musim tengkujuh,biasanya nelayan tidak ke laut mencari rezeki dan mencari alternatif lain untuk menyara kehidupan seharian.Di kalangan kita yg berkerja sendiri,,bersekolah,suri rumah hujan adalah nikmat bagi mereka yang suka tidur .Dengan cuaca yang sejuk menambahkan lagi kenikmatan itu..terbaca tulisan A Dr Ray Meddis ,seorang profesor di Department Of Human sciences ,England University Of  Technology mengatakan manusia sebenarnya perlu tidur selama 3 jam sahaja.
        Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Daripada  rahmat -Nya ( Allah) menjadikan kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki ,mudah-mudahan kamu bersyukur (Surah al-Qasas)....


      sama-sama ya sahabat kita berfikir sejenak ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan