Selasa, 20 Mac 2012

tika sakit menghampiri masa....

Assalamualaikum....

Demam belakangan ini kadang menganggu gerak kerja seharian ,mungkin ia kerana perubahan cuaca yang tidak menentu.Air mineral kini menjadi air penawar dengan kerap kali meneguknya dan dibawa ke mana-mana sahaja yakni di dalam kereta atau di kedai.Dalam arus moden,air mineral mudah didapati di kedai dengan 20$ dengan 1 liter,hanya masuk syiling dan tadahkan botol air,air akan mencurah-curah masuk ke dalam botol.

Lazimnya,rata-rata rakyat Malaysia bila menhadapi simptom "demam",akan terlintas dalam kepala masing-masing adalah berjumpa dengan doktor atau tabib.Mereka menjangkakan bila dihantar berjumpa dengan doktor,setelah dirawat maka permasalahan simptom itu akan selesai.Begitu hebat para doktor mencampakkan benih -benih di kepala manusia bahawa mereka lah yg perlu dicari bila berlaku akan datang sesuatu penyakit.

Kini,ramai para cendiakawan menyoalkan sudah rmai masyrakat sudah melupai sunnah perubatan Rasulullah SAW.Rmai anak muda kini yang kadang2 tidak tahu apa itu "berbekam"? Ibu bapa terkedu untuk menerangkannya kerana ibu bapa juga tidak faham apa yang dipanggil "berbekam" itu?ada suara sumbang yang mengatakan perubatan semacam itu sudah ketinggalan.Sebenarnya mereka inilah yg ketinggalan,ketinggalan dari semua aspek.Dari Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Baginda bersabda," sesungguhnya cara perubatan yg paling efektif (Baik) ialah dgn berbekam atau cara perubatan yg paling utama ialah berbekam." (HR Bukhori-Muslim, ini adalah lafaz Muslim) 


Tatkala Islam telah banyak melahirkan rmai sarjana dan tokoh yang memberi sumbangan melalui karangan kitab-kitab untuk ditelaah oleh generasi yang akan datang.Jangan kita lupa ,Ibnu Nafis,Al-ZAhrawi,Ibnu Sina dan Al Razi dan rmai lagi mungkin banyak memberi sumbangan kepada ilmu perubatan Islam.

"tepuk dada,tanya iman"...
dengan kata mutiara ini bagi menutupi persoalan ini

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Ahad, 18 Mac 2012

berani kerana benar,takut kerana salah....

Assalamualaikum...

sudah lama tidak mengemaskini blog kerana berkelana ke Kelantan,negeri serambi mekah yg dipimpin oleh seorang ulamak yang fatanah dalam dakwah dan membangunkan negerinya.Melalui jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.Pemandangan sungguh hening dan hati sungguh girang untuk bertemu anak-anak saudara yg lama kerinduan akan pak cik saudaranya yang bongsu.Melalui susur pantai tok bali dan bachok melihat khazanah alam yg tdk tehingga walaupun jauh hendak dibandingkan dengan pantai di Terengganu,yg sudah dikenali negeri yang mempunyai banyak pantai yg menarik untuk akitiviti rekreasi atau memancing..

Sesudah senja saya sampai di Kota Bharu,di rumah kakak yg terletak di Kg kijang dimana terletak juga  Pantai Cahaya Bulan di situ..Usai bersolat maghrib dan melayani karenah anak-anak saudara ,saya mengajak mereka semua untuk keluar dengan berniat untuk melihat perkembangan kemajuan bandar Kota Bharu iaitu yg dikatakan negeri paling miskin oleh para pemimpin yg dangkal melihat kepesatan bandar itu.Apabila sampai di bandar merintih seorang anak saudara  meminta untuk dibelanjakan dengan KFC ,dengan rasa kesian mungkin niatnya untuk dia bermanja pakcik saudaranya ,saya pun segera ke arah KFC ,namun dilihat dari luar begitu rmai orang yg membanjiri KFC.Saya pun beralih ke KFC yang lain,namun semuanya boleh dikatakan penuh dan tidak sesuai saya untuk pergi kerana salah seorang anak saudara yang bongsu masih berumur 1 tahun dan tdk sesuai untuk bersesak mendapatkan makanan.

Terfikir akan saya betapa hebat kuasa membeli orang Kelantan kerana bayangkan jika kfc penuh,maka kedai-kedai tepi jalan juga akan penuh dengan rakyat yang terkenal nama cik siti wang kembang.Terfikir bagaimana seorang pemimpin utama boleh berkata begitu pada Negeri Kelantan ?adakah dia tersalah menerima maklumat?atau memang segaja memutar belitkan kenyataan yg bermotifkan politik..

Teringat akan teka teki yang diutara oleh pak cik saudara saya,dia berteka teki  "rakyat negeri manakah yang paling berani" saya menjawab negeri Terengganu kemudian dia menjawab "berani negeri Terengganu,hanya sanggup menukar kerajaan satu penggal sahaja,negeri kelantan sudah menukar kerajaan selama 22 tahun..,itulah dinamakan berani,walaupun banyak tentangan yang diterima oleh kerajaan,namun rakyat kelantan sentiasa bersedia"..




Rabu, 14 Mac 2012

berbuat baik sebelum mati...

assalamualaikum...

Ketika hujan seharian turun mencurah-curah pada hari terasa rahmat Allah SWT setelah menjadikan panas kemudian memberi nikmat sejuk pula kpada manusia.Kanak-kanak adlah insan yg paling suka bila hujan turun dimana mereka akan dapat menikmati air hujan dgn membuat kolam-kolam kecil di tepi rumah.Manakala si dewasa pula menghabis dengan menikmati dengan tidur lena di kamar masing-masing.sambil itu,hidangan paling popular pada musim ini ialah "pisang goreng" atau "jeput bodo"..Sungguh menarik dan istimewa apabila tiba musim hujan di negeri Terengganu.


Teringat akan kuliah Al Fadhil Ustaz Ismail di Surau Al Muttaqin di Padang Air yg bertajuk tentang ilmu.Belakangan ini,kita rmai yang berbicara atau berbahas tentang politik,agama,persoalan tentang kehidupan dan pelbagai lagi..Mungkin sedar atau tidak,kita jauh ketinggalan,sebenarnya Islam itu lengkap dan syumul dan meliputi segala hal ehwal kerja manusia.Bila kita hendak berbahas atau berdebat,emosi hendaklah diletakkan berada jauh di belakang kerana emosi yg membuak buak akan berlaku pergaduhan.Contohnya,di kedai kopi rmai yang berbahas tetapi rmai yg kurang membaca dan seterusnya mengeluarkan hujah-hujah yang tidak masuk akal dan mudah dipintas oleh pihak lawan dengan begitu dangkal.Rmai orang tua yg mengakui mereka berilmu tp sebenarnya mereka cetak kerana kurangnya membaca wacana ilmiah sekadar bercakap menceduk perbualan rakan yang lain.

2 jenis ilmu yg  kita dapati iaitu ilmu dgn lidah dan ilmu dengan hati.Ilmu melalui hati adlah ilmu yg boleh dimanfaat oleh rohani dan jasmani.Ilmu melalui lidah pula ialah hujah Allah SWT kepada kita.Ilmu yg baik boleh memandu hati ke arah kebaikan.Sama-sama kita mendidik diri kita menjadi orang yg berilmu dunia dan akhirat.Jangan kita menjadi dangkal oleh kerana kebodohan kita sendiri.Kita perlu ingat rmai tokoh-tokoh yang disegani oleh masyrakat adlah terdiri daripada orang-orang yang berilmu. mereka megah bukan kerana paras rupa,kemewahan dan harta benda tapi mereka "GAH" dengan ilmu yg ada pada mereka.

Isnin, 12 Mac 2012

jom kahwin...

assalamualaikum....

tanggal 12 mac 2012...musim cuti sekolah yg begitu dinantikan oleh anak-anak yg belajar di sekolah dengan mengharapkan percutian dapat diisi dengan aktiviti melancong yang dibawa oleh ibu bapa..Lain pula bagi ibu bapa yg mempunyai anak yg sudah besar,di waktu cuti inilah mereka sibuk bagi mengadakan kenduri kahwin .
Jemputan kahwin pada musim cuti persekolahan akan memenuhi kotak sampul surat dimana kadang-kadang kita memilih untuk kemana dan mestilah ahli keluarga yg terdekat akan didahulu..

Dalam hadis ada menyebut:

Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.  (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

sama-sama kita tadahkan doa semoga perkahwinan ini akan membawa berkat...



Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير










Heningnya negeriku Terengganu...

assamualaikum..

Hujan renyai-renyai bermula dari pagi sehinggalah ke petang belakangan ini cuaca di negeriku tidak menentu.Kadang-kadang cerah,kadang-kadang gelap juga berselang dengan hujan lebat adakala halilintar memanah kesunyian di kaki langit.Rmai yang tidak berani meramal apatah lagi merancang untuk melakukan sebarang kerja kerana cuaca selalu menipu mereka.Teringat saya akan teka teki seorang pegawai kerajaan kpd sy berbunyi "jabatan kerajaan apakah yg tidak pernah rasuah?"saya meneka dgn salah dan jawapannya adlah "Jabatan Kaji cuaca"..saya hanya tergelak dan menunduk .Rmai yg tdk pecaya akan ramalan kajicuaca di tv ataupun di radio kerana kebanyakkan ramalan banyak salah dari betul mungkin itu usaha dari para saintis bagi membuktikan mereka adalah hero dan heroin dlm masyrakat yg perlu dipuja.

Baru-baru ini budaya konsert telah menular ke Terengganu dengan rmainya kehadiran artis-artis terkenal seluruh tanah air.mereka cuba meresap jiwa anak muda yg kosong dengan dipenuhi khayalan lagu-lagu  yg mereka alunkan..Budaya Terengganu bukan budaya konsert,rmai yg menolak konsert dan memilih ke jalan-jalan lain yg lebih syumul.Ternyata budaya konsert merupakan satu helah bagi memancing anak muda supaya hanyut dan berjaya dirancang oleh parasit-parasit toghut yg mengaku mereka adalah Islam wasatiah..

Namun Allah SWT maha mengetahui..Banyak anugerah-Nya kepada negeri terengganu.Rmai tokoh-tokoh islam yg dilahirkan di negeri ini.Negeri yg juga digelar darul iman dulunya dipenuhi oleh para ilmuan islam yg begitu cintakan agama dan negerinya.Terengganu juga merupakan negeri tadahan ilmu dengan ada banyak majlis ilmu atau kuliah .Anak muda terengganu rmai yg belajar di luar negara spt mesir,syria,jordan yaman dan seterusnya apabila mereka balik,mereka akan meniupkan seruan islam yg syumul.

Fenomena Ustaz Azhar Idrus yang kini mengoncang semester bumi di Malaysia adlah bukti penerimaan orang muda kepada agama islam yg syumul.Rmai anak muda yg memenuhi kuliah atau majlis ilmu yang diadakan oleh Ustaz Azhar Idrus.Kini,anak muda dapat berfikir untuk memilih yg mana toghut ,yang mana batil..
"ayuh anak muda,kita bangkit memilih pemimpin yg mengikut syariat islam"



salam setelah lama menyepi...

assalamualaikum...
sudah lama tdk meng "update" blogs ,mungkin kerana kesibukan arus dunia..Kesibukan dunia akan berterusan jika kita menganggap dunia adlah tuhan kita..kita langsung tidak berfikir bahawa hidup di dunia tdk kekal sebaliknya adlah tumpangan sementara .rmai daripada kita terikut akan rentak dunia itu walaupun ilmu di dada penuh di dada kerana sikap "lagho" lebih hebat dari segalanya...ia diperjelaskan lagi dlm surah Al-Asr:

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Demi Masa!


   A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.