Ahad, 18 Mac 2012

berani kerana benar,takut kerana salah....

Assalamualaikum...

sudah lama tidak mengemaskini blog kerana berkelana ke Kelantan,negeri serambi mekah yg dipimpin oleh seorang ulamak yang fatanah dalam dakwah dan membangunkan negerinya.Melalui jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.Pemandangan sungguh hening dan hati sungguh girang untuk bertemu anak-anak saudara yg lama kerinduan akan pak cik saudaranya yang bongsu.Melalui susur pantai tok bali dan bachok melihat khazanah alam yg tdk tehingga walaupun jauh hendak dibandingkan dengan pantai di Terengganu,yg sudah dikenali negeri yang mempunyai banyak pantai yg menarik untuk akitiviti rekreasi atau memancing..

Sesudah senja saya sampai di Kota Bharu,di rumah kakak yg terletak di Kg kijang dimana terletak juga  Pantai Cahaya Bulan di situ..Usai bersolat maghrib dan melayani karenah anak-anak saudara ,saya mengajak mereka semua untuk keluar dengan berniat untuk melihat perkembangan kemajuan bandar Kota Bharu iaitu yg dikatakan negeri paling miskin oleh para pemimpin yg dangkal melihat kepesatan bandar itu.Apabila sampai di bandar merintih seorang anak saudara  meminta untuk dibelanjakan dengan KFC ,dengan rasa kesian mungkin niatnya untuk dia bermanja pakcik saudaranya ,saya pun segera ke arah KFC ,namun dilihat dari luar begitu rmai orang yg membanjiri KFC.Saya pun beralih ke KFC yang lain,namun semuanya boleh dikatakan penuh dan tidak sesuai saya untuk pergi kerana salah seorang anak saudara yang bongsu masih berumur 1 tahun dan tdk sesuai untuk bersesak mendapatkan makanan.

Terfikir akan saya betapa hebat kuasa membeli orang Kelantan kerana bayangkan jika kfc penuh,maka kedai-kedai tepi jalan juga akan penuh dengan rakyat yang terkenal nama cik siti wang kembang.Terfikir bagaimana seorang pemimpin utama boleh berkata begitu pada Negeri Kelantan ?adakah dia tersalah menerima maklumat?atau memang segaja memutar belitkan kenyataan yg bermotifkan politik..

Teringat akan teka teki yang diutara oleh pak cik saudara saya,dia berteka teki  "rakyat negeri manakah yang paling berani" saya menjawab negeri Terengganu kemudian dia menjawab "berani negeri Terengganu,hanya sanggup menukar kerajaan satu penggal sahaja,negeri kelantan sudah menukar kerajaan selama 22 tahun..,itulah dinamakan berani,walaupun banyak tentangan yang diterima oleh kerajaan,namun rakyat kelantan sentiasa bersedia"..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan