Ketika hujan seharian turun mencurah-curah pada hari terasa rahmat Allah SWT setelah menjadikan panas kemudian memberi nikmat sejuk pula kpada manusia.Kanak-kanak adlah insan yg paling suka bila hujan turun dimana mereka akan dapat menikmati air hujan dgn membuat kolam-kolam kecil di tepi rumah.Manakala si dewasa pula menghabis dengan menikmati dengan tidur lena di kamar masing-masing.sambil itu,hidangan paling popular pada musim ini ialah "pisang goreng" atau "jeput bodo"..Sungguh menarik dan istimewa apabila tiba musim hujan di negeri Terengganu.
Teringat akan kuliah Al Fadhil Ustaz Ismail di Surau Al Muttaqin di Padang Air yg bertajuk tentang ilmu.Belakangan ini,kita rmai yang berbicara atau berbahas tentang politik,agama,persoalan tentang kehidupan dan pelbagai lagi..Mungkin sedar atau tidak,kita jauh ketinggalan,sebenarnya Islam itu lengkap dan syumul dan meliputi segala hal ehwal kerja manusia.Bila kita hendak berbahas atau berdebat,emosi hendaklah diletakkan berada jauh di belakang kerana emosi yg membuak buak akan berlaku pergaduhan.Contohnya,di kedai kopi rmai yang berbahas tetapi rmai yg kurang membaca dan seterusnya mengeluarkan hujah-hujah yang tidak masuk akal dan mudah dipintas oleh pihak lawan dengan begitu dangkal.Rmai orang tua yg mengakui mereka berilmu tp sebenarnya mereka cetak kerana kurangnya membaca wacana ilmiah sekadar bercakap menceduk perbualan rakan yang lain.
2 jenis ilmu yg kita dapati iaitu ilmu dgn lidah dan ilmu dengan hati.Ilmu melalui hati adlah ilmu yg boleh dimanfaat oleh rohani dan jasmani.Ilmu melalui lidah pula ialah hujah Allah SWT kepada kita.Ilmu yg baik boleh memandu hati ke arah kebaikan.Sama-sama kita mendidik diri kita menjadi orang yg berilmu dunia dan akhirat.Jangan kita menjadi dangkal oleh kerana kebodohan kita sendiri.Kita perlu ingat rmai tokoh-tokoh yang disegani oleh masyrakat adlah terdiri daripada orang-orang yang berilmu. mereka megah bukan kerana paras rupa,kemewahan dan harta benda tapi mereka "GAH" dengan ilmu yg ada pada mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan