Sabtu, 23 Jun 2012

ikhlas di sisi manusia atau pencipta...

salam...
apa itu ikhlas?persoalan yang hanya mengundang seribu satu persoalan kerana kadang-kadang si penanya juga sebenarnya tidak ikhlas akan menanyakannya soalan yang rumit itu.Ikhlas adalah sesuatu yang sukar dinilai dan diramal ,Ianya adalah rahsia Allah SWT yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.
ia seakan akan kena bila saya terfikir untuk membuat satu "posting" bertajuk ikhlas  apabila menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz Ismail di surau Al Muttaqin Padang Air yg berkebetulan menceritakan tentang bab "Ikhlas" ini.Umum mengetahui apa itu "ikhlas",tidak perlu saya untuk menghurai lebih panjang akan makna tersebut namun mahu saya kongsi adalah pangkat atu kedudukan "ikhlas" seseorang.

Pangkat 1-membuat ibadah dan amal kerana Allah SWT.
cthnya:bila kita berpakaian,adalah kerana niat kerana Allah SWT kerana asal berpakaian adalah menutup aurat tidak kerana untuk berfesyen atau berpakaian hanya untukmenunjuk anatara sesama manusia

Pangkat 2-Membuat ibadah kerana pahala dan takut akan seksaan api neraka
cthnya:bila kita berpakaian,kita menutup aurat kerana takut seksaan Allah swt .Selain itu kita mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah swt


Pangkat 3-Mnegerjakan ibadah supaya masyrakat memandang mulia kepadanya dan selamat dari kebinasaan dunia
cthnya:kita berpakaian menutup aurat sekadar mahu masyarakat melihat kita dari sudut yang lebih mulia dan mengelak dari kebinasaan dunia dengan dari cemuhan dan hanya mengharapkan akan pujian orang ramai.


Dimanakah pangkat kita berada?jika pangkat1 ternyata kita adalah amat hebat,di pangkat ke 2 boleh dikatakan agak berjaya namun jika berada di pangkat ke 3,kita mesti atau wajib menukarkan cara dengan berubah ke arah pangkat yang lebih baik dengan membenihkan sifat ikhlas yang lebih subur hanya untuk Pencipta.Tiada selain pangkat kecuali dari yg disebutkan itu,kecuali riak dan takbur.selamat beramal..

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan